Saturday, October 6, 2012

Tanggungjawab Guru Penasihat


TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT / GURU PEMIMPIN

  1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
  3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan.
  5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
  6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan, dan Kelab Sukan & Permainan.
  8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik.
  9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan serta difailkan.
  10. Mendaftarkan setiap Badan Beruniform, Kelab & Persatuan, dan Kelab Sukan & Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.
  11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
  12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dengan baik dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam aktiviti yang dijalankan.
  13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek / aktiviti yang dijalankan.
  14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
  15. Memantau dan menandatangani Buku Rekod Kokurikulum pelajar/Buku Kehadiran Ahli.
  16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
  17. Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
  18. Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.
  19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
  20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
  21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment