Saturday, October 6, 2012

Tanggungjawab Guru Permainan


      TANGGUNGJAWAB GURU PERMAINAN / JURULATIH


  1. Bertanggungjawab penuh atas setiap aktiviti dan perancangan kegiatan bidangnya di sekolah sesuai dengan objektif sekolah.
  2. Mengenalpasti para pemain bidang masing-masing untuk membentuk pasukan sekolah.
  3. Merancang dan melaksanakan latihan yang sistematik dan efektif agar para peserta yang dikemukakan dalam sebarang pertandingan menunjukkan prestasi yang tinggi.
  4. Menggalakkan pelajar-pelajar memahirkan diri dalam bidang yang diceburi.
  5. Berusaha menambah kemahiran diri sebagai seorang jurulatih atau guru permaianan yang berwibawa.
  6. Menyimpan segala rekod kegiatan , keahlian (senarai wakil sekolah), keputusan pertandingan dalam / luar sekolah secara kemaskini selalu, serta akaun kewangan jika ada.
  7. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan bidangnya di peringkat sekolah / daerah / negeri  dan kebangsaan.
  8. Mengiringi dan mengurus penyertaan para pelajar / pemain dengan baik dalam sebarang pertandingan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  9. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat rawatan semasa menyertai pertandingan di luar sekolah.
  10. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik.
  11. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan.
  12. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment