Saturday, October 6, 2012

Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan


hendaklah...


  1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  2. Mengenalpasti dan memilih atlit/peserta serta memastikan latihan/aktiviti dijalankan mengikut jadual agar dapat menyediakan satu pasukan rumah yang mantap.
  3. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti, kehadiran pelajar serta maklumat-maklumat lain dikemaskini dan direkodkan dalam Fail/Buku Laporan Rumah Sukan.
  4. Memastikan persediaan yang baik dibuat bagi menghadapi acara Sukan Tara, Saringan, Sukan Tahunan Sekolah dan sebarang pertandingan lain yang melibatkan rumah sukan.
  5. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / perlatan diurus dengan baik.
  6. Mencatatkan dan merekodkan penglibatan dan pencapaian atlit / peserta.
  7. Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang berkaitan.
  8. Mengurus segala hal berkaitan rumah sukan dengan berkesan.
  9. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment